Pengenalan Kepada Kompenen Komputer Minggu Keempat

28 Januari 2019 | Aktiviti Terkini

Pada 27 Januari 2019, Pusat internet Lubok Antu telah mengadakan Kelas ICT bersama pelajar-pelajar sekitar Lubok Antu. Kelas ini telah dihadiri seramai 19 orang peserta. Kelas ini diadakan pada jam 10.00 pagi hingga 12.00 petang di bilik latihan Pusat Internet Lubok Antu.

Tujuan kelas ini diadakan adalah untuk mendedahkan para peserta dengan kompenen yang terdapat pada komputer. Dalam kelas ini, para peserta telah diterangkan setiap kompenen yang terdapat pada komputer dan perbezaan antara komputer meja dan komputer riba. Selain itu, para peserta juga telah diajar menggunakan snipping tool. Peserta telah menerokai penggunaan snipping tool dalam mengambil sesuatu gambar atau info yang dikehendaki pada skrin monitor komputer.

Sebagai aktiviti tambahan, para peserta telah diberikan taklimat ringkas klik dengan bijak dan juga telah ditayangkan video klik dengan bijak (cyber grooming). Taklimat dan tayangan video tesebut adalah bagi memberikan kesedaran untuk berwaspada semasa menggunakan perkhidmatan dalam talian seperti media sosial.
Antara aktiviti yang dijalankan semasa Kelas ICT adalah:
1) Pengenalan kepada kompenen komputer dan snipping tool
2) Peserta mengeksplorasi kompenen komputer dan snipping tool
3) Tayangan video Klik Dengan Bijak (cyber grooming)
4) Taklimat ringkas Klik Dengan Bijak

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali